Monday, March 2, 2009

AHMAD FAWZI MOHD. BASRI

AHMAD FAWZI MOHD. BASRI
Tiga Dunia – 50 Tahun Merentasi Kehidupan

Oleh: ZAHIDI BIN DATO HAJI ZAINOL RASHID


Kolonel Prof Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohd Basri dilahirkan di Kampung Belanja Kiri, Perak Darul Ridwan. Ayah beliau Mohd Basri bin Mat Saman sementara ibunya ialah Rogayah binti Latip. Ahmad Fawzi mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Belanja Kiri pada tahun 1954-1960. Menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, 1961-1963 dan di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur 1964-1966 dan di Sekolah Menengah Datuk Seri Amar Diraja Muar, Johor 1967-1968
Ahmad Fawzi melanjut pelajaran ke Universiti Malaya dan lulus Sarjana Muda bidang sejarah politik dalam tahun 1972, kemudian memulakan kerjaya akademik sebagai Tutor Sejarah di universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun sama menjadi tenaga pentadbir di universiti tersebut. Dalam tahun 1983 beliau menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Malaya.
Tahun 1984 menjadi pensyarah sejarah diikuti perlantikan sebagai Dekan Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah dua tahun kemudian dilantik sebagai Profesor Madya bidang sejarah dan politik. Ahmad Fawzi terus bercita-cita untuk mendapat pendidikan tertinggi, beliau mendapat peluang melanjut pelajarannya ke peringkat PhD di Universiti of Hull, United Kingdom pada tahun 1993 setelah menghasilkan tesis kedoktorannya tentang United Malays Nasional Organization (UMNO) 1981-1991: a study of the mechanics of a changing political culture.
Ahmad Fawzi terus melangkah ke puncak kerjayanya sebagai seorang ahli akademik apabila pada 15 Oktober, 1997, dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia dan professor penuh dalam tahun 1998. Sesuatu yang mengagumkan pada 15 November, 1998 Kol. Prof Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohd. Basri dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
Di samping kesibukan dengan tugas akademiknya beliau ikut membantu gerakan sejarah melalui persatuan, pernah menjadi sidang pengarang jurnal Persatuan Sejarah Malaysia (PSM), ahli jawatankuasa dan setiausaha PSM. Dalam masa sama menjadi kurator kehormat Muzium Negara Malaysia, editor perunding dan kurator Muzium Angkatan Tentera dan ikut dalam penubuhan Muzium Diraja Perak. Terdahulu sewaktu menjadi pelajar terbabit dalam gerakan belia dan pelajar, pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia, Presiden Pelajar Melayu Semenanjung dan Pengerusi Kelab UMNO United Kingdom.
Ahmad Fawzi minat dalam gerakan lasak dan patriotik dengan berkecimpung sebagai anggota Pertahanan Tempatan Selangor ketika bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia hingga dilantik sebagai Kolonel Komander 513 Askar Wataniah Kedah. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Aishah Ibrahim juga lulusan universiti pada 28 November 1974. Mereka dikurniakan 4 orang anak, Dzulhimi, Dzuwaini, Noor Ezdiani dan Noor Elyana

BUKU_BUKU YANG DIHASILKAN:

 Sejarah Johor Moden 1855 – 1940 (Muzium Negara 1978)
 Sejarah Pergerakan Belia Malaysia (1980)
 Warisan Sejarah Johor (1984)
 Sistem Kangchu di Johor (1984)
 Sejarah Keretapi Malaysia (1985)
 Wataniah: Sejarah Pasukan Simpanan Tentera Darat (1985)
 Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Perak (1986)
 Isu-Isu Perpaduan Nasional (1987)
 Ismail Hussein: Gugusan Pandangan dan Harapan (1987)
 Johor 1855 – 1917: Pentadbiran dan Perkembangan (1988)
 Bumi Dipijak Milik Orang (1991)
 Misa Melayu (1992)
 Askar Wataniah: warga pembela nusa (1998)
 Protokol Malaysia:tradisi dan amalan kita (1999)
 Tiga Dunia – 50 tahun Merentasi Kehidupan

0 comments: